­

New DeXandra Twist And Spray Stylish And Convenient

by - August 08, 2019

New DeXandra Twist And Spray Stylish And Convenient. Hi everyone. I am back with another wangi-wangi posting. New from DeXandra, Twist and Spray Perfume. Seriously packaging Twist & Spray ni memang win sangat-sangat! Macam packaging lipstick for the first impression. Design stylish, modern and elegan. Sekali tengok terus jatuh cinta gitew!


Twist and Spray comes with 10ml pefume, a convenient perfume. Dengan saiz mini mudah alih, ia memberi kemudahan kepada pengguna, boleh bawa wangian ke mana sahaja. Lepas ni tak ada lah berat sangat handbag uolls kan. Save space handbag pun ya jugak. The design and size is a win for me. Untuk 10ml size mini perfume, harganya lebih mampu milik. Twist And Spray Set mengandungi 1x bekas wangian dengan 10ml isian, 1x 10ml isian semula dan 1x pakej bersama kotak eksklusif, harganya RM49.90. Means, setiap satu set, akan dapat total 20ml wangian sama aroma.

In case dah habis korang guna 20ml tu, nak jimat, boleh beli refill je lepas ni sebab bekas wangian dah ada kan. So, untuk 1 pcs isian semula (refill) hanya RM19.90 sahaja. Jimat kan. Tapi tak salah kalau nak beli satu set pun. I know, ramai yang suka kumpul bekas perfume kan. Same here. Hihi.


Twist & Spray ada 5 jenis aroma mood berbeza yang diperkenalkan DeXandra. 3 wangian Twist & Spray untuk wanita termasuklah CLASS, GLEE dan MODE. Untuk Twist & Spray wangian lelaki ada dua iaitu RUSH dan VIBE. Setiap wangian punya bau yang agak unik, mewah dan eksklusif. Shad dah try bau tiga wangian untuk wanita. 1st note, 2nd note dan Base Note setiap wangian boleh rujuk gambar di bawah ini. 

Okay sebelum terlupa, Shad nak share sikit tentang Fragrance Notes ni. Selalu kalau kita nak beli perfume and asking for suggestion, seller akan tanya kita suka jenis yang sweet, fruity atau any perfume yang kita suka dan pakai, then diorang akan beri cadangan. Easy kan macam tu. But, bukan semua recommendation tu akan kena dengan taste kita. Lagi-lagi kalau beli online, tak dapat nak hidu direct. So boleh gunakan fragrance notes untuk tujuan imagine. Huyyoo, imagine kau, boleh ke? Hahaha. Kita agak-agak la bau fragrance notes berdasarkan bauan perfume yang kita suka. This is what I always do. Huhu, sebab memang suka beli online je kan semua benda. 
  • Top Notes - The first scent you smell after spraying the fragrance, which fades quickly. Top notes ni dalam masa few minit sahaja, 15 to 30 min. After spray, jangan terus hidu sebab wangian yang awal ni sekejap je stay. Akan hilang dengan cepat. 
  • Middle/Heart Notes - The scent that develops after the top note evaporates. Lepas bau top notes dah hilang, middle notes akan terbau up to 3 hingga 5 hour ketahanan bauan. 
  • Base Notes - The heaviest scent that lingers the longest. Last sekali, haruman based notes iaitu lebih pekat dan menarik perhatian serta mampu bertahan antara lima hingga 8 jam. Mostly baunya terdiri daripada kayu gaharu, vanila, tar, kulit, tembakau atau musk.   

Twist & Spray CLASS
1st Note: Orange, grapefruit, bergamot, mandarin orange, blackcurrant
2nd Note: Peony, green notes, Osmanthus, lily of the valley, rose, magnolia, jasmine sambac
Base Note: White musk, vanilla, iso e super

You know, it is hard to explain the scent. Sebab lain orang lain citarasanya. Untuk yang ni bau dia memang kena dengan nama. Super duper class. Bau lebih ke arah fresh, elegant and agak kuat bau dia. Shad dah try beberapa kali dalam masa beberapa hari, memang tak boleh go. Tak match dengan my taste. I kan suka bau sweet-sweet bunga. This one, kalau korang suka bau fresh, boleh try Twist & Spray Class. Modern ladies, mungkin akan suka this one. For me, 3.0/5 🌟


Twist & Spray GLEE
1st Note: Blackcurrant, blackberry, mandarin orange, sour cherry, lemon, strawberry, raspberry
2nd Note: Violet, Jasmine
Base Note: Patchouli, musk, cashmeran, vanilla, woody notes, oakmoss, amber

Sejujurnya, bau yang ni agak ke arah old age punya perfume. OMG, I am sorry to describe this scent like this. Seriously dia macam bau klasik-klasik macam tu. Untuk yang suka bau manis, boleh try this one, ada bau manis-manis jugak. Fun and carefree girls, you might love this. 3.2/5 🌟 for this


Twist & Spray MODE
1st Note: Safron, jasmine
2nd Note: Ambergriss, amberwood
Base Note: Cedar, fir resin

This one is straight forward, tengok dia punya notes bau, ada 6 jenis campuran sahaja. Mode ini bau agak unik sedikit tapi masih agak strong for me, bau ala-ala mak datin. Haha. Kemain kau punya imaginasi kan Shad. Young ladies, kalau nak stand out in a crowd boleh try this one. Strong scent. Not to my liking, giving 3/5 🌟


Twist & Spray RUSH
1st Note: Calabrian Bergamot, pepper
2nd Nore: Pink pepper, elemi, patchouli, sichuanpepper, vetiver, lavender, geranium
Base Note: Ambroxan, labdanum, cedar 

Twist & Spray VIBE
Ist Note: Nutmeg flower, tea, orange blossom, mandarin orange, bergamot, lavender, aidehydes
2nd Note: Pepper, cardanum, iris, granium, carnation, brazillian rosewood, coriander, guaiac wood, cyclamen
Base Note: Vetiver,oakmoss, amber, musk, cedar, tonka bean


Dah habis guna first 10ml, nak ganti dengan yang baru mudah sangat. Katrij wangian yang mudah alih, hanya klik dan masukkan untuk ganti baru (memula tu struggle la jugak bila nak tukar refill tu, haha. Lepas dah try dua tiga kali, alahai, so easy! Peace!) Menariknya lagi pack isian semula macam ni, sebab boleh jimat, just beli refill je nanti bila perfume dah habis. Nak buat case collection pun lawa jugak ni. Nice design. 
  • Reka bentuk moden & elegan
  • Convenient Perfume with 10ml ni sememangnya memberi kemudahan kepada pengguna
  • Saiz mini mudah alih. Boleh bawa wangian ke mana sahaja
  • Harga yg lebih mampu milik 
  • 5 jenis aroma mood berbeza utk dipilih. wangian eksklusif dan berkualiti
  • Katrij wangian mudah alih, hanya klik dan masukkan untuk ganti baru
  • Menarik, isian semula untuk penggemar case collection
Perfume lama pun tak habis pakai lagi Shad oi, kau dah beli yang baru pulak. Buat koleksi, untuk pakai setahun, boleh tukar-tukar bau everyday. Kan. Have you try one?

Overall, Shad memang puas hati dengan design casing DeXandraTwist and Spray ni. 5/5 for design, idea, concept and convenient benefits. Untuk wangian pulak, Shad try 3 wangian wanita, unfortunately, can't give more than 3.2/5 for the scent. I'm sorry. Bau perfume ni tak berapa kena dengan my taste. So sad! But, that's okay. Shad ada ramai sepupu perempuan. Daripada simpan tak terguna, ada baiknya bagi pada yang sudi. Kan, kan. So nice of me! Haha. Okay, that's all for today. Thanks for reading pretty awesome! Have a nice day.

You May Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You