­

Safi Rania Gold Beetox Technology Kembalikan Keremajaan Kulit

by - June 24, 2018

Greetings and Assalamualaikum to all.

Safi Rania Gold Beetox Technology Kembalikan Keremajaan Kulit. Cantik dengan wanita memang tak boleh dipisahkan. Memandangkan Shad dah nak masuk umur 3 series, memang terasa sangat perlu untuk lebih ambil peduli dengan kecantikan. Faham-faham sahaja lah, bila kita dah meningkat umur ni, kulit pun dah mula menampakkan tanda-tanda penuaan. Contohnya garis-garis halus di sekitar mata. Kedut-kedut pun bakal menyusul. Memang kita tak boleh nak sekat umur, kita tak boleh nak halang garis penuaan timbul, tapi kita boleh kurangkan garis-garis tu. Caranya apa? Makan makanan berkhasiat, lebihkan buah dan sayur, kalau ada ulam lagi bagus dan pilihlah skincare yang sesuai contohnya Safi Rania Gold Beetox Technology dengan kelebihan Bio Nano Gold 24K yang memang bagus dan diformulasi untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.


Rasanya ramai yang dah kenal dengan jenama Safi bukan. Safi Rania Gold pun ramai dah familiar. Ala, duta dia Nora Danish tu. So, ada 4 produk dari rangkaian Beetox Teknologi yang Shad nak review hari ni iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR. Sebelum tu, jom baca kelebihan Safi Rania Gold Beetox Technology dulu.

Kelebihan Safi Rania Gold Beetox Technology:
Royal Jelly- Kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk merangsang pembaharuan kolagen dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.
Madu- Pelembap semulajadi yang bertindak menghalus dan melembutkan kulit serta mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.
Propolis- Bertindak sebagai Anti-Oksidan semulajadi yang melawan radikal bebas dan mencegah penuaan awal.  
Bee Venom- Bertindak menegang dan menganjalkan kulit agar kekal remaja
Emas- Safi Rania Gold diformulasikan dengan khasiat dan kelebihan Bio Nano Gold 24K. Antara Kelebihan Bio Nano Gold 24K ; mampu meresap hingga lapisan dermis, merangsang penghasilan kolagen, menganjal dan menghaluskan kulit serta mengurangkan garis halus dan kedutan.

Kalau korang nak tahu, range Gold Beetox Tecnology ni ada 16 produk kesemuanya. Serum Konsentrasi 50X, Semburan Booster & Penyegar, Esen Emas Keremajaan, Pembersih Solekan, Masker Keremajaan, Pembersih Wajah, Gel Pembersih Wajah, Pembersih Wajah Lembapan Mendalam, Skrub Wajah, Penyegar, Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR, Krim Pelembap Malam, Krim Kontur Mata, Krim Kecantikan, Krim CC SPF37PA++IR dan Eliksir Keremajaan. Banyaknya, kena pakai semua ke? Eh tak lah, setiap produk ni boleh pakai ikut kesesuaian jenis kulit muka korang.


1. Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser

Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD didatangkan dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly:
• Formulasi terbaharu Micro-Foam dengan agen anti-oksidan untuk membersih secara mendalam.
• Buih yang mewah berkrim mengandungi agen pelembap untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.
• Mampu untuk membersihkan sisa solekan dengan sempurna.

Nano Gold 24K- Mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit agar wajah anjal dan awet muda.
Royal Jelly- Kaya dengan 20 jenis Asid Amino, vitamin & mineral untuk pembaharuan kulit.


Kalau korang nak kulit muka sihat, please jangan skip cuci muka. Walaupun kita tak keluar rumah, tak pakai mekap, muka kena cuci. Jangan tak tau dalam udara ni ada habuk, bakteria dan macam-macam lagi. Nak lagi kalau korang kerja outdoor, mesti cuci muka okay. So, Shad dah try Safi Rania Gold Beetox Technology Facial Cream Cleanser. 

Shad suka dengan packaging cleanser ni, slim mudah masuk dalam handbag kalau nak travel. Texturnya creamy warna kuning keemasan. Bau dia pun best, soft ada bau macam honey. Cleanser ni pekat, jadi Shad guna dalam kuantiti sikit saja, letak air sikit bagi keluar buih, lepastu cuci muka macam biasa, kemudian bilas. Shad dah guna dalam sebulan, so far, cleanser ni best, tak keringkan kulit shad yang jenis kering ni. Lagi satu, ia memang berkesan untuk tanggalkan makeup yang ringan. 


2. Youthful Gold Essence

Esen Emas Keremajaan SAFI RANIA GOLD dengan Duo Gold 24K, gabungan Nano Gold 24K & Gold Flakes 24K diperhebatkan bersama nutrisi Honey & Hyaluronic Acid:
• Mengekal dan mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid.
• Memelihara struktur kulit bukan hanya dari luaran malah meliputi struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit.
• Mempertingkatkan daya tahan kulit.
• Menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.
• Penghidratan segera sehingga 130% dengan 1 aplikasi.

Duo Gold 24K- Kombinasi Nano Gold 24K dan Gold Flakes 24K membina dwi-tindakan yang mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit sambil memberi perlindungan dari luar.
Honey- Pelembap semula jadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.


Shad mula-mula kenal essence dari Korean Skincare Routine. Kalau tak ada essence, macam tak lengkap rutin penjagaan wajah diorang ni. Essence penting untuk balance-kan semula ph lepas cuci muka. Lagi satu, fungsi dia untuk bagi kulit kita ready dan mudahkan penyerapan next product. Yang menarik perhatian Shad, ingredients yang digunakan dalam Youthful Gold Essence ni adalah Nano Gold 24K, Gold Flakes 24K, Honey dan Hyaluronic Acid. Semua best dan ada kelebihan yang best jugak. Hyaluronic acid,  memang di antara bahan-bahan di dalam produk skincare yang sangat bagus untuk memberikan kelembapan kepada kulit.

Review Shad, I love all about this Youthful Gold Essence. From packaging to the results. Packaging transparent mudah nak tengok berapa banyak lagi yang tinggal. Botol dia pulak sturdy plastics, tahan lasak. Shad suka sebab kalau jatuh pun, probability nak pecah tu memang kurang. Lagi satu sebab ringan. Yayyyy. Next, texture essence ni. Kebanyakan essence yang Shad pernah guna semuanya jenis watery (cair), tapi this one is very thick, tekturnya sangat pekat. Sampai kalau terbalikkan botol (bukak penutup) pun tak keluar esennya. Lagi yang Shad suka, essence ni rasa sejuk bila pakai, cooling and soothing, feeling sangat best. This essence spread easily, cepat serap dan tak melekit. Best, rasa sangat segar kulit wajah.


3. Youthful Elixir

Eliksir Keremajaan SAFI RANIA GOLD dengan Nano Gold 24K, nutrisi Beetox dan Propolis:
• Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit x3*.
• Merawat kesan penuaan kulit dari dalam (pada lapisan epidermis) dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.

Nano Gold 24K- Mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit agar wajah anjal dan awet muda.
Beetox- Bertindak bagaikan sengatan lebah untuk tindak balas pembaharuan kulit secara semula jadi.
Propolis- Anti-oksidan semula jadi melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.


So, basically this elixir ni fungsinya macam serum jugak. I really love love serum. Serum best sebab it penetrate deep into the skin. Masuk hingga ke lapisan epidermis, untuk baik pulih dari dalam kulit. Sama jugak dengan Eliksir Keremajaan SAFI RANIA GOLD. Youthful Elixir Safi Rania Gold ni pun best jugak. Tengok bahan yang digunakan dan khasiatnya. Boleh bantu anjalkan kulit, kulit lebih bermaya, muda remaja gitu, bantu untuk cegah penuaan awal.

Review Shad: Shad suka dengan packaging eliksir keremajaan ni, botol kaca tebal, tak mudah pecah, size pun nice juga, boleh masuk dalam handbag. Menariknya, eliksir ni dia ada dua layer tau. Bila nak guna, kena shake/goncang dulu bagi mesra dua layer tadi, lepastu apply dekat muka. Ada dropper which is good, senang kita nak guna, just titiskan sahaja beberapa drop eliksir dekat muka dan sapu rata. Tekstur Youthful Elixir ni watery, cair dan agak runny jugak masa nak apply tu. Tapi yang bestnya, ia mudah serap dan tak melekit lepas apply dan kulit pun tak ada rasa berminyak. Kulit rasa lebih moist jugak. Best. Untuk kesan yang positif, kena rajin pakai. Garis-garis halus di bahagian bawah mata Shad pun ada nampak makin kurang lepas sebulan pakai Eliksir Keremajaan ni. Very recommend. 


4. Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR

Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD SPF25PA++IR dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Propolis:
• Melembap dengan efektif dan membantu mengukuhkan struktur kulit.
• Kulit terlindung daripada sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR).
• Mencegah kulit menjadi gelap.
• Menjadikan tona kulit lebih sekata.

Nano Gold 24K- Mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit agar wajah anjal dan awet muda.
Propolis- Anti-oksidan semulajadi melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

Untuk siang hari, kalau nak kulit lambat kedut, mesti dan mesti apply perlindung wajah tak kira apa jenis sekalipun, sunblock, sunscreen dan lain-lain yang sesuai dengan kulit wajah kita. Kalau nak cerita bab pelindung wajah ni memang panjang. So, search google okay. hehe.

Review Shad: 
First sekali shad suka Moisturizing Day Cream Safi Rania Gold ni sebab lepas apply, dia tak tinggalkan warna ataupun white cast (colorless). Texture nya agak pekat dan Shad kurang selesa sedikit semasa sapu cream ni sebab terasa sedikit melekit. Tapi after a few minutes, melekit tu dah macam kurang sikit. Kira okay lah, just need to wait a few minutes untuk cream ni betul-betul serap ke kulit. Baunya pulak agak kurang digemari. Apa-apa pun, kulit memang rasa moisturizing, lembap.


Kesimpulan, jenama Safi sememangnya diyakini kesuciannya dan status halal produknya. Memang inilah jenama yang kita semua mula kenal bukan. Boleh dapatkan di pasaraya dan supermarket berhampiran anda. Review all based on my personal experience using the product. Result may varies considering skin type. I am not liable to any problem that might arise after trying the product I review here. Selamat mencuba!

You May Also Like

9 Comment

  1. dah nak masuk three series ni memang makin kena alert dengan tanda2 penuaan ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yg agak digeruni semua wanita.. Hehe

      Delete
    2. untuk kulit berjerawat boleh x guna SRG ni..umur 30an da..

      Delete
  2. smlm dah pegang essence safi nie..
    rega pun murah je
    tapi ntah knp lupe nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nk beli sebab kat rumah ada lagi essence.. Hehe 💕

      Delete
  3. Akak pakai safi ni.. Hihihi muka ok sikit pada aritu.. Tapi alahan makan sikit naik jerawat aduhaii

    ReplyDelete
  4. singgah sini usha2 review eliksir tu macam menarik

    ReplyDelete
  5. Kulit muka berminyak boleh ke guna produk safi rania gold ni?
    Kalau boleh item mana perlu dibeli?
    Terima kasih

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You