­

Safi Balqis Oxywhite Wajah Sihat Berseri Cerah Sempurna

by - March 29, 2017

Greetings and Assalamualaikum to all.

Dah lama tak bersiaran kita ya. How's your day pretty semua. Wishing all of you a great happiness. Hari ni Shad nak perkenalkan kepada gadis-gadis jelita semua dengan produk penjagaan kulit wajah baharu dari SAFI, jenama halal no 1 tempatan. Semestinya sudah tidak asing lagi bukan dengan jenama Safi.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya, setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute). Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi agar dapat menjamin keberkesanan produk. Gabungan teknologi serta kepakaran yang ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa. 


Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite.
Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Produk penjagaan kulit Safi BALQIS formulasi baharu OxyWhite hadir dalam reka bentuk serta rona yang menarik iaitu kombinasi warna biru laut dan hijau cerah untuk kulit wajah normal dan gabungan warna jingga-kuning digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak. 


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)
1. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
2. SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
3. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
4. SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
5. SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
6. SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
7. SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
8. SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
9. SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
10. SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
11. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

12. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
13. SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
14. SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Saiz Pek: 50g/ 100g
RCP: RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek: 100ml
RCP: RM10.90 (selepas 6% GST)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
1. Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
2. Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
3. Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.


SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek: 45g
RCP: RM 20.20 (selepas 6% GST)

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
1. Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
2. Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
3. Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
4. Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
5. Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam.


Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

You May Also Like

16 Comment

  1. Dulu pengguna safi ..sekarang dah beralih dgn produk tea tree cosmoderm ..mybe lepas ni boleh balik ke safi terbaru ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna yang mana Ada bagi habis dulu.. giteww.. 😘

      Delete
  2. Safi balqis baru ni best.. sesuai dengan kulit muka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia pun best jugak ka. Feeling fresh..

      Delete
  3. Nina pun guna range SAFI BALQIS Oxywhite. Paling suka moisturising gel Safi Balqis Oxywhite ni... best! Sejukkk, ringan, tak melekit

    ReplyDelete
  4. Intrigued to buy the Safi Balqis OxyWhite Pelembap Gel, tengok texture macam ringan! I think that would be good for oily/combo skin!~

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak2, shad suka gel pelembab no jugak. Sebab it is water based, mudah serap, it should works well with oily/combination skin too.

      Delete
  5. Yg pelembap gel tu boleh guna time tido mlm x smpi esok..confuse ckt..sb bru pki safi.hehe..xfhm cara peggunaan gel pelembab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pakai siang malam dear. Anytime bila perlu. Absolutely boleh pakai time malam sampai esok pagi. 💓💓

      Delete
    2. salam...nk tnye...krim pencerah lengkp tu guna mase mne ye...sblm tido blh pkai x??

      Delete
  6. Assalamualaikum...boleh tak list kan cara penakaian produk safi,saya keliru yg mane satu nk pkai...terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...boleh tak list kan cara penakaian produk safi,saya keliru yg mane satu nk pkai...terima kasih

    ReplyDelete
  8. makin cantiklah akak

    robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Macam kulit muka sy combination skin.mana stu produk safi yg ssuai gn mke sy.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You