­

Collagen CC Cream by Raily Cosmetics | Product Review

by - May 26, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all

Collagen CC Cream Raily by Raily Cosmetics | Product Review. Hi all, I'm back with a new product review. Memiliki kulit wajah cantik tanpa cela merupakan idaman setiap individu terutamanya wanita sehingga ada yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki kulit yang sempurna. Investment for the future katanya. Hari ni Shad nak perkenalkan anda dengan satu produk yang sangat best iaitu Collagen CC Cream Raily dari Raily Cosmetics yang mengandungi SPF 50 untuk melindungi kulit wajah anda dari sinaran UV dan UVB.

Collagen CC Cream by Raily Cosmetics
CC Cream Raily

Collagen CC Cream Raily dengan gabungan dan sentuhan teknologi dari France dan kandungan hebat Salmon collagen terbukti dapat merawat wajah anda dari dalam. Kebiasaannya yang pernah kita dengar dan tahu, banyak produk-produk kecantikan menggunakan collagen, tetapi kebanyakannya menggunakan Talapia collagen. Istimewanya Collagen CC Cream Raily ini ia merupakan satu-satunya yang menggunakan Salmon collagen. Nak tahu apa istimewanya Salmon collagen ini? Teruskan pembacaan ya.

Keistimewaan Salmon Collagen :
  • 7 kali ganda lebih baik dari talapia collagen yang terdapat di dalam kebanyakan produk lain.
  • Dapat mencerahkan kulit
  • Membaiki dan mencantikkan struktur kulit yang rosak
  • Menggebukan kulit
  • Menghilangkan parut dengan berkesan tanpa ragu
  • Mengurangkan garis halus (awet muda)
  • Mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi
  • Mengurangkan penghasilan jerawat dan boleh mengecutkan jerawat
Apa yang bestnya lagi, Collagen CC Cream Raily ini umpama all in one. Semua dalam satu. Ianya berfungsi untuk memberi kelembapan (moisturizing), menghalang dari sinaran matahari (sun screen), sebagai pencerahan (whitening) dan dalam masa yang sama sebagai make up. Dah tak perlu day cream, sun block dan compact powder lagi dah. Jimat bukan.


Kebaikan Collagen CC Cream Raily

Dengan menggunakan all in one Collagen CC Cream Raily yang mempunyai Salmon collagen ini, anda mampu untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas cela dan jelita kerana Collagen CC Cream Raily dapat memberikan nafas baru kepada kulit wajah anda. Antara kebaikannya termasuklah;
  • membuatkan wajah berseri dan bersinar
  • membuang dan mengurangkan minyak di muka.
  • membuatkan wajah flawless
  • menaikkan seri wajah
  • menegang
  • kulit wajah bebas jerawat
  • awet muda 
  • menyegarkan wajah
  • menutup cela-cela di wajah
  • melindungi dari sinar UV & UVB
  • menghilangkan jeragat
  • membaiki struktur kulit dari dalam dan luar.
  • memutihkan kulit wajah
Dengan penggunaan yang berterusan Collagen CC Cream Raily ini mampu untuk membaiki struktur kulit dari dalam. Kini anda mampu mengucapkan selamat tinggal kepada wajah kusam dan tidak bermaya, cela dan parut diwajah, lebihan minyak diwajah, jeragat dan pigmentasi serta kulit wajah tidak sekata. Collagen CC Cream ini juga selamat digunakan. KKM, HALAL and GMP certified.

Cara Menggunakan Collagen CC Cream : 

Apply to face and neck liberally 15 minutes before sun exposure. Sapukan cc cream ke wajah dan leher kira-kira 15 minit sebelum keluar rumah.

Review Collagen CC Cream by Raily Cosmetics

First impression tu penting kan. And the packaging memang sangat memukau dan menggoda. Cantik packaging cc cream ni. Warna keemasan macam tu. Nampak sangat exclusive dan glamour. Apa yang Shad suka lagi dengan packaging cc cream ni, dia ada pump out yang memudahkan untuk kita guna cc cream ni. Dengan adanya pump ni, kebersihan lagi terjamin kan. Selalu kalau ada pakai cream siang/ malam ka, kebanyakannya opener yang terdedah dan tak disediakan scope untuk ambil cream.

Collagen CC Cream Raily review
Fungsi Pump out pada botol
Collagen CC Cream by Raily Cosmetics
Transparent line/ garisan lutsinar
Botol/Packaging cc cream ni jugak ada satu transparent line/ garisan lutsinar yang kita boleh nampak cream ni. Boleh la tengok ada banyak mana lagi yang tinggal kan. Botol dia pun saiz sederhana, mudah la nak bawak dan letak dalam handbag atau travel jauh.

Dari segi penggunaan cc cream ni pulak, Shad suka fungsi all in one nya. Ada SPF50 yang boleh melindungi kulit wajah dari sinaran uv, sesuai dengan cuaca kita di Malaysia ni. Dengan Collagen CC Cream Raily dah cukup untuk routine seharian Shad. Jimat pun ya jugak, keluar pergi mana-mana dengan Collagen CC Cream Raily sahaja, tak perlu lagi nak pakai krim siang, sun block dan bedak sekalipun. Sebabnya, memang Shad puas hati sangat, sebab nampak cerah natural sahaja dengan cc cream ni. 

Collagen CC Cream by Raily Cosmetics

Texture cc cream ni ringan sahaja bila apply dekat kulit muka. Tak rasa macam pakai apa-apa dan yang paling penting tak melekit. Lepas apply dekat wajah, it blend well dengan kulit muka. Warna cc cream ni memang sesuai dengan kulit Asian macam kita ni. Dengan hanya sedikit penggunaan pun dah boleh cover kita punya face. Cc cream ni juga memang tak berminyak dan tahan lama/ long lasting. Pagi pakai, sampai ke petang nampak fresh lagi. I love it! Shad perasan jugak yang cc cream ni tak meninggalkan kesan dekat tudung. Alhamdulillah for that.

cc cream raily review

Overall, Shad suka dengan cc cream ni. Memang betul-betul make-up yang cepat bagi Shad. Harga juga berpatutan. Recommend for those yang suka light weight texture cream dan dalam masa yang sama mampu untuk cover keseluruhan wajah dengan bagus. 

Product Information

Name : Collagen CC Cream by Raily
Weight : 15ml
Price : Semenanjung Malaysia RM69.00
Berpeluang mendapat : 1 Collagen cc cream + FREE postage + SPECIAL free GIFT

Price : Sabah & Sarawak RM75.00
Berpeluang mendapat : 1 Collagen cc cream + FREE postage + SPECIAL free GIFT
How to order : WhatsApp/ sms +6011-3295 8062 / +6017-903 2179 

Facebook : RailyCosmetic

You May Also Like

14 Comment

  1. Replies
    1. Best kak, ringan sangat texture dia, lepastu nampak macam natural ja color dia.. tak nampak overdoes sangat.. tak pyah apply bedak dah.. hehe

      Delete
  2. best kan dapat produk macam nie...

    ReplyDelete
  3. CC cream ni bg matte effect ke? Mesti best product ni sebab dah ada SPF50. tak payah nak pakai sunblock dah. :D looking forward to giving this product a try! :DD

    - ieyra | babysoulz

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad keluar rumah, pakai cc cream ni saja, bedak apa pun tak pakai dah, hehe.. aah sis ieyra, matte effect.. :D

      Delete
  4. wah, nampak perubahan kat situ. cantik. hehe. kite tak pernah pakai cream ape2 kat muka ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, shad pun tak pakai make-up sangat, sebab tak reti, hehe.. tapi dalam handbag mmg wajib ada bb cream ataupun cc cream. dengan lipbalm. hehe..

      Delete
  5. Ramai jugak yang review pasal produk ni...nampak ketara perubahan dekat wajah Shad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, shad lagi suka nampak color natural look gitu.. best cc cream ni, ada spf 50++

      Delete
  6. woaaah.. tapi CT malas nak tepek2 mcm mana ? hahaha..

    ReplyDelete
  7. hi , ni cc cream raily boleh digunakan untuk pergi latihan ke ? since you kata dia mengandungi sunblock sekalikan, sebab saya akan ada latihan so muka saya ni banyak terdedah dengan matahari, is it recommended if used?

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You